Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mesej TPM diterima baik negara anggota PBB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mesej TPM diterima baik negara anggota PBB

KUALA LUMPUR: Mesej disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Perbahasan Umum Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini diterima baik oleh negara anggota badan dunia itu.

datuk-seri-anifah-amanMenteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata ini dinyatakan oleh wakil masing-masing yang mengucapkan penghargaan  dan tahniah kepada timbalan perdana menteri atas kenyataan itu selepas beliau menyampaikannya.

“Adalah malang bahawa sesetengah rakyat Malaysia telah mengkritik dan memilih untuk menonjolkan cara penyampaian ucapan oleh timbalan perdana menteri  daripada fokus dan mencerna mesej penting yang beliau sampaikan pada Perbahasan Umum PBB,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Anifah berkata PBB mempunyai keanggotaan yang pelbagai dan sering kali, pemimpin-pemimpin menyampaikan kenyataan mereka dengan loghat bahasa masing-masing.

“Apa yang penting adalah mesej yang disampaikan mereka difahami dan pandangan mereka diutarakan kepada anggota-anggota PBB,” katanya.

Ahmad Zahid mengetuai delegasi Malaysia pada Sesi-71, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA), dengan beliau menyampaikan kenyataan negara Malaysia pada Perbahasan Umum pada 24 September.

Anifah juga berkata timbalan perdana menteri, antara lain, telah menyampaikan mesej dengan jelas bahawa Malaysia komited terhadap Agenda Pembangunan Lestari 2030 dan pelaksanaan Matlamat Pembangunan Lestari yang terkandung di dalamnya.

“Beliau juga telah memberi penjelasan panjang lebar tentang pendirian Malaysia mengenai perubahan iklim, keganasan dan persoalan Palestin dan isu penempatan semula pelarian dan migran ke negara-negara ketiga,” katanya. – Bernama



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.