Hi! Welcome Back and Stay Tune! SOPMA 19 bermula hari ini, 615 atlet rebut 180 pingat emas  - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SOPMA 19 bermula hari ini, 615 atlet rebut 180 pingat emas 

KUCHING: Buat julung kalinya, Sarawak menjadi tuan rumah bagi penganjuran Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) Ke-19 yang bermula hari ini hingga 7 Oktober depan.

SOPMA Ke-19 merupakan kejohanan “pelbagai sukan” yang dikhususkan bagi golongan cacat pendengaran akan mempertandingkan empat sukan utama iaitu badminton di Dewan Persatuan Badminton Sarawak, bola sepak di Padang C, Padang D serta Stadium Negeri, tenpin boling di Megalanes Emart Batu Kawa dan olahraga di Stadium Sarawak.

sopma

Menurut Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah, penganjuran sukan dwitahunan ini bertujuan melahirkan altet-atlet pekak yang berpotensi dan menyamai tahap antarabangsa dalam cabaran Sukan Orang Pekak Asia Pasifik (Asia Pacific Deaf Games) dan Sukan Olimpik Orang Pekak (Deaflympics Games).

“Malah penganjuran sukan ini mampu mendorong pengintegrasian warga pekak ini dalam masyarakat umum, melalui kerjasama yang terjalin dalam pengelolaan dan pengurusan kejohanan.

“SOPMA juga diharap mampu mempertingkatkan mutu sukan orang pekak dan menggalakkan penyertaan mereka di peringkat negeri dan daerah,” katanya lagi.

SOPMA ke-19 dianjurkan oleh Persatuan Sukan Orang Pekak Sarawak dengan kerjasama Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) dan Kementerian Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti.

sopma-2

Sebanyak 180 pingat emas menjadi rebutan 615 atlet dari 12 kontinjen negeri di Malaysia. Hanya Negeri Sembilan dan Perlis yang gagal menghantar penyertaan pada kali ini.

Sebagai tuan rumah, kata Fatimah, Sarawak merupakan kontinjen terbesar, dengan menghantar seramai 105 atlet bagi memburu 12 pingat emas, sekali gus membolehkan Sarawak bergelar juara keseluruhan.

“Majlis perasmian akan diadakan pada malam ini di Stadium Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Pending dan akan disempurnakan oleh Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahteraan Masyarakat, Dr. Abdul Rahman Ismail.

Majlis penutupan akan diadakan di tempat dan masa yang sama pada 6 Oktober 2016.

Sementara itu, empat perlawanan bola sepak diadakan pada hari ini dengan menyaksikan Sarawak menentang Melaka, dan Perak melawan Selangor pada sebelah pagi, manakala Kelantan menentang Wilayah Persekutuan dan Sabah melawan Terengganu pada sebelah petang.



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.