Hi! Welcome Back and Stay Tune! Majlis Peguam Amerika desak Putrajaya pertimbang pindaan LPA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Majlis Peguam Amerika desak Putrajaya pertimbang pindaan LPA

ABA-linda-klein

KUALA LUMPUR: Persatuan Majlis Peguam Amerika menulis surat kepada perdana menteri Malaysia menyuarakan bantahan terhadap cadangan kerajaan melantik 2 calon kerajaan dalam Majlis Peguam di negara ini.

Presidennya, Linda Klein dalam sepucuk surat kepada Datuk Seri Najib Razak minggu lalu berkata tidak ada justifikasi yang memberi mandat terhadap pelantikan kerajaan dalam badan itu.

“Tidak jelas apa tujuan sah yang mahu kerajaan penuhi, dengan memberi mandat kepada pelantikan kerajaan dalam kepimpinan Majlis Peguam,” katanya dalam surat bertarikh 23 September.

Surat itu diterbitkan dalam laman web Majlis Peguam Malaysia.

Linda berkata pelantikan dibuat kerajaan memang akan melemahkan kebebasan Majlis Peguam.

“Undang-undang yang dicadangkan itu akan menyebabkan pelanggaran tidak wajar terhadap hak persatuan ahli profesional undang-undang, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, undang-undang antarabangsa dan Prinsip Asas PBB,” katanya.

Beliau berkata undang-undang antarabangsa hanya membenarkan sekatan terhadap hak untuk kebebasan sesebuah persatuan.
Katanya, beliau juga bimbang pindaan di bawah Akta Profesion Undang-undang (LPA) akan membenarkan menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang Malaysia menetapkan peraturan pemilihan dan undang-undang Majlis Peguam.

“Mengawal peraturan pemilihan dan undang-undang kepada ahli eksekutif boleh dilihat sebagai meletakkan pengaruh tidak wajar terhadap badan pemerintahan sendiri itu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak Putrajaya untuk mempertimbangkan semula cadangan itu sebelum membawa pindaan berkenaan ke Parlimen dan sebaliknya, mengadakan perbincangan dengan Majlis Peguam.

Selain mencadangkan pindaan terhadap LPA, kerajaan juga mahu merombak keseluruhan proses pemilihan dalam Majlis Peguam.

Ia juga memohon untuk mengenakan keperluan kuorum punitif sebanyak 25% daripada jumlah keseluruhan keahlian untuk mesyuarat agung tahunan.





Mukah Pages bring you trending news media Free Malaysia Today

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.