Guan Eng Ke Mahkamah Untuk Sebutan Kes Rasuah
Hari ini, sebutan dua kes tuduhan rasuah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan akan berlangsung di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Malaysiakini membawa laporan langsung mengenainya untuk tatapan anda.
9.30am: Peguam Lim – Ramkarpal Singh tiba. Beliau berkata, hakim Hadhariah Syed Ismail akan menetapkan tarikh untuk perbicaraan.
“Perbicaraan bermungkinan akan bermula tahun ini,” katanya.
Ramkarpal berkata pasukan peguambela menerima dokumen setebal 12,000 muka surat dari pihak pendakwa semalam.
Lim, yang diiringi isterinya, Chew, memasuki dewan mahkamah dan berjabat tangan dengan Phang. Mahkamah mula dibanjiri dengan pegawai cawangan khas, wartawan dan pemimpin Pakatan Harapan.
Juga kelihatan pemimpin veteran DAP yang juga ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dan isterinya duduk ketika polis cuba menghalang wartawan mengambil foto.
9.15am: Lim tiba di mahkamah dengan penyokongnya melaungkan “sokong Lim” manakala pengkritiknya membalas dengan laungan “rasuah”.
9am: Selepas reda sekejab, jeritan berlaku semula dengan penyokong DAP membawa kain rentang besar sebagai solidariti dan sokongan untuk Guan Eng. Kedua-dua kumpulan mengejek satu sama lain dengan pihak polis mengawal keadaan.
8.50am: Sekumpulan kaum India sambil membawa sepanduk, menyertai kumpulan anti-DAP untuk membantah terhadap kerajaan negeri berhubung isu tanah di Batu Kawan.
Keadaan bising jeritan antara penyokong DAP dan anti-DAP berlaku manaaa polis cuba menenangkan kedua kumpulan itu. Turut kelihatan ialah OCPD Daerah Timur Laut Meor Faridaltrash Wahid.
8.30am: Wartawan tidak dibenarkan masuk ke mahkamah sehingga jam 9.30 pagi. Kira-kira 100 penyokong telah berkumpul di luar sepanjang Light Street.
Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, belum tiba lagi.
Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2cFrcTW
Post a Comment