Permainan Baru Assassin’s Creed Dan Far Cry Mungkin Tidak Hadir Tahun Hadapan
Filem Assassin’s Creed akan muncul di layar perak pada hujung tahun ini. Michael “Magneto” Fassbender akan menjadi seorang pembunuh upahan di Sepanyol. Ini ialah jalan cerita baru yang tiada perkaitan dengan siri permainan popular ini. Akibat reaksi negatif dari peminat, Ubisoft merehatkan siri ini untuk tahun 2016. Mereka kini sedang giat membangunkan permainan baru siri ini untuk pelancaran 2017.
Walaubagaimanpaun CEO Ubisoft, Yves Guillemo menegaskan mereka tidak teragak-anggak untuk menangguhkan permainan baru ini ke tahun 2018 sekiranya gagal memenuhi kualiti. Komen negatif terhadap Unity yang penuh pepijat dan tidak lancar merosakkan nama permainan ini. Syndicate pula walaupun mendapat sambutan yang baik masih mengitar semula elemen permainan yang digunakan sejak Assassin’s Creed 2 yang dilancarkan tahun 2009.
Beliau turut mengumumkan Far Cry baru turut sedang dibangunkan. Seperti AC mereka akan mementingkan kualiti berbanding kuantiti dan jangan terkejut jika ia turut hanya akan dilancarkan pada tahun 2018. Sebagai peminat siri AC kami kecewa dengan ketiadaan permainan baru tahun ini. Sungguhpun begitu harus diakui siri ini sudah menjadi agak basi selepas Rogue. Diharap masa pembangunan lebih lama akan meningkatkan kualiti permainan seterusnya. Kepada yang tidak sabar menanti, hanya Assassin’s Creed edisi remaster The Ezio Collection dilancarkan tahun ini pada 17 November.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2cPIxbo
Post a Comment