Jawatankuasa Konsultatif Mahu Had Perbelanjaan P’raya Digugurkan
Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) telah mencadangkan supaya had perbelanjaan ke atas parti dan calon digugurkan.
Ini adalah antara 32 cadangan yang dikemukakan dalam laporan pembiayaan politik yang diumumkan hari ini.
“Had perbelanjaan ke atas parti atau calon hendaklah digugurkan.
“Dengan penekanan yang lebih tinggi terhadap aspek ketelusan dan kebertanggungjawaban, tidak
perlu ada had ke atas perbelanjaan oleh parti-parti politik dan ahli-ahli politik, termasuk semasa berkempen,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Paul Low, yang mengetuai jawatankuasa itu.
Jawatankuasa itu juga mencadangkan supaya tidak ada had ke atas jumlah yang boleh didermakan kepada mana-mana parti atau ahli politik.
“Parti-parti politik dan ahli politik yang berjaya mungkin dapat mengumpulkan lebih banyak wang.
“Usaha untuk mewujudkan persaingan yang adil tidak harus merangkumi langkah-langkah ke arah membawa kesemua pesaing ke paras biasa yang diterima umum,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.
Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2demjjW
Post a Comment