Hi! Welcome Back and Stay Tune! Haramkan Derma Tunai Sumber Asing, Saran Jawatankuasa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Haramkan Derma Tunai Sumber Asing, Saran Jawatankuasa

download-11

 

Sumber asing perlu dilarang daripada membuat sumbangan wang tunai kepada parti dan ahli politik, manakala syarikat yang menerima kontrak kerajaan atau konsesi juga harus dilarang daripada membuat sebarang jenis sumbangan politik.

Ini adalah antara 32 cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP).

Laporan itu diumumkan oleh pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Seri Paul Low selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut laporan itu, “sumber asing” termasuk sumbangan daripada individu, syarikat, yayasan, organisasi, persatuan atau mana-mana entiti yang berdaftar atau tidak berdaftar, yang tidak berpejabat di Malaysia.

Walau bagaimanapun, mereka hanya dilarang daripada membuat sumbangan dalam bentuk wang tunai.

Sebaliknya, syarikat-syarikat yang memperolehi kontrak kerajaan atau konsesi perlu diharamkan daripada membuat sumbangan politik secara langsung, tidak langsung atau berupa barangan, kata laporan itu, sambil menambah bahawa ini terpakai kepada semua lapisan kerajaan.

“Bagi memudahkan pematuhan, kontrak kerajaan di semua lapisan kerajaan mesti didedahkan dengan cara yang mudah diakses dan boleh dicari.
“Jika dibuktikan bahawa sebuah syarikat yang menerima kontrak kerajaan ada menyumbangkan bantuan kewangan kepada parti atau ahli politik, hukuman patut dikenakan ke atas kedua-dua syarikat dan parti atau ahli politik yang menerima sokongan,” petik laporan itu.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2cFs8HU

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.