MP: Apa yang politiknya menteri sahkan Najib MO1?
Datuk Mahfuz Omar mempertikaikan kenyataan polis yang enggan mengulas pengesahan bahawa Malaysian Official 1 (MO1) ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Anggota parlimen Pokok Sena berkata perkara itu lebih pelik apabila kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan dikaitkan dengan atas alasan enggan berpolitik.
“Apa yang politiknya kenyataan Rahman yang juga merupakan ahli MT (Majlis Tertingi) Umno dan pengarah komunikasi dan strategi BN,” soal bekas naib presiden PAS itu.
“Apakah menamakan PM Najib sebagai MO1 dianggap politik?
“Apa politiknya saman sivil tersebut yang menyebut wang berjumlah AS681 juta (RM2.6 bilion) berakhir dalam poket (akaun) peribadi MO1.”
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Jumaat meminta pasukan keselamatan tidak diheret ke kancah politik ketika ditanya sama ada polis akan memulakan siasatan baru terhadap Najin susulan pengesahan Rahman itu.
BBC pada Khamis melaporkan Rahman sebagai mengesahkan MO1 adalah Najib tetapi menegaskan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat tidak menyebut nama sebenar kerana beliau bukan sebahagian daripada siasatan.
Sementara itu, Mahfuz membangkitkan spekulasi bahawa polis berjaya mencium “komplot” dalam Umno sudah mengundurkan Najib yang menjadi “bebanan politik” parti Melayu itu. – M’kini
.
from Malaysia Chronicle http://ift.tt/2cr8qfD
Post a Comment