Hi! Welcome Back and Stay Tune! SIAPA PEMIMPIN UMNO JOHOR YANG PERTAMA BERANI MENYOKONG SEPENUHNYA IDEA TMJ INI? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SIAPA PEMIMPIN UMNO JOHOR YANG PERTAMA BERANI MENYOKONG SEPENUHNYA IDEA TMJ INI?

Sesungguhnya ini adalah idea terpuji daripada Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam konteks mewujudkan perpaduan dan persefahaman sesama rakyat.

Menurut baginda, untuk masa depan, tiada lagi sekolah Tamil, Cina atau Melayu di Johor, yang ada hanya satu sekolah untuk Bangsa Johor sahaja.

“Awak ada sekolah Tamil, awak ada sekolah Cina, awak juga ada sekolah Melayu (kebangsaan).

“Dari kecil awak dah ajar dia (pelajar) jangan bersatu, lepas tu (apabila besar) awak suruh mereka bersatu,” jelas baginda lagi mengenai rasional perlunya kerajaan negeri Johor mewujudkan sekolah tersebut.

Nah….sekarang siapakah pemimpin UMNO yang pertama berani paling ke depan menyokong sepenuhnya idea Tengku Mahkota Johor ini?

Hishammuddin Hussein? Azalina Othman Said? Dr Puad Zarkashi? Atau siapa?

Menteri Besar Johor, Khaled Nordin pula seharusnya tampil memberi jaminan dengan segera bilakah Sekolah Bangsa Johor ini boleh direalisasikan di negeri tersebut?

Tahun depan, dua tahun lagi atau bila?

Ayuh…pemimpin-pemimpin UMNO Johor sekalian, tunjukkanlah wajah sebenar tentang apakah yang lebih penting, perpaduan dan persefahaman jangka panjang untuk rakyat atau undi daripada bukan Melayu?

Jika sebelum ini ramai pemimpin UMNO Johor begitu ghairah menyokong konsep Bangsa Johor, apakah mereka juga setuju dengan Sekolah Bangsa Johor ini?

Bagaimana pula dengan pemimpin MCA dan MIC Johor? Setuju atau tidak dengan idea bakal Sultan Johor kali ini? – Shahbudin Husin

.



from Malaysia Chronicle http://ift.tt/2c4XWUm

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.