Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rompak pasar raya: 7 lelaki bersenjata pistol larikan RM1.14 juta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rompak pasar raya: 7 lelaki bersenjata pistol larikan RM1.14 juta

KUALA NERUS: Tujuh lelaki bersenjatakan pistol dan parang merompak sebuah pasar raya di Gong Badak, di sini awal pagi tadi menyebabkan kerugian kira-kira RM1.14 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata dalam tempoh 4 jam bermula 2.15 pagi itu, suspek memecahkan 2 mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan 3 peti besi yang terdapat dalam pasar raya terbabit.

Katanya, penjenayah berkenaan juga bertindak mengikat keempat-empat pengawal keselamatan sebelum dikurung di dalam sebuah stor berhampiran.

“Ketika kejadian itu 4 pengawal keselamatan sedang bertugas sebelum salah seorang daripadanya menyedari kehadiran kumpulan penjenayah ketika membuat rondaan…sejurus selepas itu penjenayah berkenaan mengurung semua pengawal keselamatan terbabit di dalam stor.

“Mereka mengambil masa-masa kira-kira 4 jam untuk melarikan wang berkenaan dan kita percaya mereka berpecah untuk melakukan rompakan tersebut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata 5 daripadanya masuk ke dalam pasar raya dan memecahkan 2 mesin ATM menggunakan gas asetilena dan 3 peti tunai menggunakan mesin pemotong besi.

Katanya, penjenayah itu juga bertindak memadamkan kamera litar tertutup (CCTV) dan alat penggera terlebih dulu dan tidak menolak kemungkinan rompakan tersebut dilakukan warga asing berdasarkan loghat percakapannya.

“Suspek beredar meninggalkan lokasi kejadian kira-kira 6.30 pagi dengan melarikan wang tunai dianggarkan bernilai RM1.14 juta. Semua suspek dipercayai menggunakan tukul besi, kuku kambing, mesin pemotong besi dan gas asetilena untuk melakukan rompakan berkenaan.

“Kita yakin ia dirancang dengan teliti dan siasatan daripada semua sudut sedang dilaksanakan sama ada melibatkan pekerja mahupun bekas pekerja pasar raya berkenaan,” katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata dan berkumpulan.



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.