OnePlus Menggabungkan Oxygen Dan Hydrogen OS Bagi Mempercepatkan Kemas Kini
Oxygen dan Hydrogen OS ialah ialah dua pelancar yang digunakan pada peranti OnePlus. Oxygen digunakan pada peranti pasaran di luar China dengan antaramuka lebih menghampiri Stock Android. Hydrogen pula adalah untuk pasaran China dengan antaramuka tersendiri dan tiada sokongan talam aplikasi. Kerana membangunkan dua pelancar berbeza, OnePlus menghadapi kelewatan memberikan kemas kini perisian. Bagi menyelesaikan masalah ini mereka menggabungkan Oxygen dan Hydrogen menjadi satu sistem operasi baru.
Ini bermakna rekaan bersih seakan stock Android tidak akan lagi digunakan pada peranti OnePlus. Sebuah antaramuka hibrid akan digunakan bagi membuatkan peranti mereka memenuhi kehendak pengguna China dan luar China. Ramai memilih OnePlus kerana antaramukanya yang bersih tanpa kustomasi tambahan melampau.
Tindakan mereka ini mungkin sedikit mengecewakan tetapi adalah perlu bagi mempercepatkan proses kemas kini perisian yang dirasakan lebih penting. OnePlus kini mengumpul maklum balas dari pengguna mengenai perubahan yang bakal dilakukan. Peruhanan yang bakal dilakukan kini sudah boleh dilihat pada OxygenOS 3.5.1 Community Build yang boleh dimuat turun sekarang. Kepada yang sudah mencubanya apakah pendapat anda? Adakah penggunaan pelancar yang tidak lagi kelihatan stock sebuah tindakan yang bijak?
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2cr2bZ8
Post a Comment