Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka diserang di KLIA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka diserang di KLIA

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Sri Lanka  berpangkalan di Colombo mengesahkan Pesuruhjaya Tingginya di Kuala Lumpur, I Ansar  telah diserang sekumpulan individu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur  (KLIa), semalam.

Kementerian itu berkata, kerajaan Sri Lanka mengutuk serangan terhadap Pesuruhjaya Tinggi terbabit.

Menurut kenyataan kementerian berkenaan, Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka terpaksa diberi rawatan perubatan.

Ansar difahamkan diserang selepas menghantar Menteri Perusahaan Utama Sri Lanka, Daya Gamage yang berada di negara ini sempena Persidangan Antarabangsa Parti Politik Asia (ICAPP).

“Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka berkerjasama dengan pihak  penguat kuasa undang-undang dan pihak berkuasa tempatan di Malaysia bagi mengenal pasti pelaku dan membantu siasatan,” tambah kenyataan itu.

“Kementerian Luar Sri Lanka memandang serius kejadian ini dan sudah mengambil beberapa langkah menerusi saluran diplomatik,” katanya. – Sarawakvoice

Screen Shot 2016-09-05 at 9.13.14 AM



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.