Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka Dilapor Diserang Di KLIA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka Dilapor Diserang Di KLIA

PETALING JAYA – Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia, I. Ansar dilaporkan diserang oleh kumpulan kecil di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.

Kementerian Luar negara itu, dalam satu kenyataan di laman webnya, mengutuk serangan ke atas Pesuruhjaya Tinggi.

“Suruhanjaya Tinggi Sri Lanka di Kuala Lumpur bekerjasama dengan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang tempatan di Malaysia dan pihak berkuasa tempatan berkaitan yang lain bagi mengenal pasti pelaku dan membantu siasatan,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, portal berita Sri Lanka, Hiru News melaporkan bahawa Pesuruhjaya Tinggi tersebut diserang di lapangan terbang selepas menghantar Menteri Perusahaan Utama negara itu, Daya Gamage, yang berada di Malaysia sempena Persidangan Antarabangsa Parti Politik Asia (ICAPP).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan insiden tersebut kepada media dan memberitahu bahawa polis sedang menjejaki suspek.

Bekas Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa turut berada di Malaysia bagi menghadiri persidangan tersebut. – Mstar

.



from Malaysia Chronicle http://ift.tt/2cr9Nec

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.