Hi! Welcome Back and Stay Tune! UPSR di SK Bario diteruskan, kertas peperiksaan selamat di Bilik Kebal SMK Bario - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

UPSR di SK Bario diteruskan, kertas peperiksaan selamat di Bilik Kebal SMK Bario

KUCHING: Meski blok bilik darjahnya musnah dijilat api petang semalam, namun 16 murid SK Bario akan tetap menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada pagi ini.

Mereka akan terlibat dalam peperiksaan tersebut di SMK Bario yang terletak bersebelahan, kata sumber Jabatan Pelajaran Negeri.

Katanya, ibu bapa tidak perlu risau kerana ketika kebakaran berlaku, kertas peperiksaan tidak diletakkan di bangunan sekolah berkenaan.

“Sebaliknya disimpan di dalam bilik kebal SMK Bario yang tidak terjejas pun.

“Oleh itu, semua bahan am peperiksaan iaitu kertas Jawapan Objektif Bermaklumat, Borang Kawalan Objektif Bermaklumat dan Helaian Tambahan terselamat.

“Penyelia Kawasan Bilik Keselamatan SMK Bario telah diminta untuk menyediakan pensel 2B, pemadam getah dan pembaris sekiranya calon-calon memerlukannya,” kata sumber itu lagi kepada sarawakvoice.com.

Ini merupakan kejadian kelima membabitkan sekolah di negeri ini pada tahun ini.

Dalam kejadian jam 5.30 petang semalam, keseluruhan blok bilik darjah sekolah berkenaan musnah dijilat api.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan kerana ketika kejadian, murid-murid sedang berada di dewan makan. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.