Bersatu Akan Kerah Ahlinya Sertai Bersih 5
Disebalik pendirian rasmi sebagai parti yang mewakili Bumiputera dan Melayu, Bersatu pada bila-bila masa dari sekarang akan membuat pengumuman khas dimana parti itu akan memberi sepenuh sokongan kepada himpunan Bersih 5 yang bakal dianjurkan 19 November nanti.
Sekalipun NGO mewakili Melayu/Bumiputera, Baju Merah akan turut mengadakan demonstrasi pada hari yang sama tetapi Bersatu menegaskan bahawa sokongan penuh mereka adalah kepada Bersih 5.
Dasar mengutamakan Melayu/Bumiputera ini hanya diguna pakai dalam politik, bukan himpunan seperti Bersih 5 yang diketahui bebas dari sebarang campur tangan politik, sebaliknya perjuangan rakyat paling asli untuk reformasi pilihanraya di Malaysia.
Malah, mana-mana ahli Bersatu yang didapati menyokong gerakan Baju Merah, akan diambil tindakan disiplin yang tegas, termasuk disingkirkan dari parti dengan serta merta.
Bersatu juga sedang dalam perbincangan dengan sayap bersekutunya, Perkasa untuk menyokong himpunan Bersih 5. Ini berikutan pendirian Perkasa yang menolak terus sebarang kaitan dengan parti DAP sekalipun bersetuju menentang UMNO bersama-sama Bersatu.
Adalah formula nanti yang akan digunakan Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohammad untuk memujuk Perkasa menyertai Bersih 5 dan semua pimpinan Pakatan Harapan diminta menyerahkan sepenuhnya hal tersebut kepada kebijaksanaan Dr. Mahathir.
Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2dM9PwN
Post a Comment