Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jalan raya bagai jerangkap samar perlu dibaiki segera - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jalan raya bagai jerangkap samar perlu dibaiki segera

KABONG: Jalan raya alternatif yang menghubungkan Kampung Sungai Endot dan juga sekolah rendah di sini seperti ‘jerangkap samar’ dan hanya menunggu masa untuk mengena mangsa yang kurang bernasib baik.

Keadaan permukaan (bahagian atas) jalan raya konkrit berkenaan sememangnya kelihatan sangat elok dan selamat dilalui.

kabong-jerangkap_0001

Bagaimanapun, pada hakikatnya jika diteliti bahagian bawah jalan raya berkenaan sebenarnya telah terhakis teruk dan boleh runtuh pada bila-bila masa sahaja.

Kawasan jalanraya berkenaan akan lebih berbahaya apabila dilalui oleh kenderaan yang agak besar kereta ataupun lori.

Sehubungan dengan itu penduduk di kawasan terbabit berharap pihak
berwajib dapat mengambil tindakan segera bagi membaiki terowong pintu air berkenaan yang satu daripadanya telah pecah.

Seorang penduduk, Mohd Usop yang ditemui menyatakan rasa bimbang terhadap sebarang kejadian yang tidak diingini terutama bahaya yang boleh berlaku terhadap murid sekolah yang melalui jalan raya berkenaan setiap hari.

Jalan raya berkenaan selama ini menjadi laluan kepada murid sekolah pada hari persekolahan dan juga penduduk kampung setiap hari.

Pada asalnya kawasan terowong pintu air tersebut adalah merupakan sebuah jambatan yang kemudiannya diubah dengan meletakkan terowong konkrit sebagai pintu air. – Sarawakvoice

kabong-jerangkap_0000



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.