Hi! Welcome Back and Stay Tune! Deklarasi: Tun M Akui Gagal Yakinkan Agong - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Deklarasi: Tun M Akui Gagal Yakinkan Agong

Tun Dr Mahathir Mohamad

 

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau gagal meyakinkan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk bertindak berhubung deklarasi yang beliau usahakan.

Bekas perdana menteri itu berkata, semasa menghadap selama 70-minit di Istana Anak Bukit, Alor Setar, bulan lepas, beliau turut menunjukkan kepada Seri Paduka gambar deklarasi berserta tanda tangan.

“Dukacita, kami tidak mendapat jawapan positif. Semasa pertemuan itu, Agong juga menyoal saya dengan serius tentang peruntukan undang-undang dan saya beri penjelasan.

“Bagaimanapun, di penghujungnya, saya tidak dapat meyakinkan baginda,” kata Dr Mahathir, juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, pada sidang media di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 21 September, berkata Tuanku Abdul Halim telah menjelaskan kepada Dr Mahathir yang baginda tidak boleh mencampuri urusan Bersatu.

Najib berkata Agong mengambil perhatian terhadap isu ditimbulkan Dr Mahathir oleh kerana deklarasi itu tidak mengikut perlembagaan, dan sebarang tindakan hendak diambil mestilah menerusi Parlimen dan sistem pilihan raya bagi rakyat membuat keputusan.

Mengenai sembilan lelaki Australia yang memakai seluar dalam ‘Jalur Gemilang’ di perlumbaan Grand Prix F1 Malaysia di Sepang pada Ahad, Dr Mahathir berkata perbuatan itu menghina negara.

Beliau berkata budaya Malaysia berbeza dengan beberapa negara lain di mana berpakaian menjolok mata di khalayak ramai itu ‘Ok’.

Pada Ahad, polis menahan lelaki Australia itu berusia antara 25 dan 29 tahun kerana dianggap menimbulkan provokasi dan mengenakan pakaian menjolok mata di perlumbaan tersebut.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2cTWGpH

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.