Hi! Welcome Back and Stay Tune! DAP kesal, dukacita rejim Israel tangkap peserta misi Women’s Boat to Gaza - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DAP kesal, dukacita rejim Israel tangkap peserta misi Women’s Boat to Gaza

KUALA LUMPUR: DAP merakamkan rasa kesal dan dukacita yang amat mendalam terhadap berita penangkapan rombongan kapal Zaytouna-Oliva yang terdiri daripada tiga krew dan 10 anak kapal termasuk seorang wakil dari Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hasan.

Mereka ditawan oleh pihak tentera Israel atas dakwaan menceroboh kawasan perairan negara tersebut sekitar 8:58 malam (5 Oktober) dan kapal Zaytouna dijangka ditunda menuju Pelabuhan Ashdod.

Kapal Zaytouna membawa makanan serta ubat-ubatan dalam rangka misi kemanusiaan untuk rakyat Gaza.

Crisis Centre Misi Women’s Boat to Gaza (WBG), Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengesahkan terputusnya hubungan dengan kapal Zaytouna-Oliva sejak 8.50 malam tadi lagi (waktu Malaysia).

Koordinat terakhir Zaytouna ialah di +31.975642, +33.640163; kurang 50 batu nautika dari Gaza.

Dalam kenyataan bersama Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan merangkap Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dan Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali kepada Sarawak Voice mereka mendesak, “agar respons tegas serta tindakan segera dapat diambil oleh pihak kerajaan Malaysia serta dunia bagi memastikan semua tahanan dibebaskan atas nama kebebasan dan kemanusiaan.

“Kami juga menyeru agar seluruh rakyat Malaysia dan warga dunia dapat bersolidariti sedaya mampu menerusi saluran yang bersesuaian serta berdoa untuk keselamatan para aktivis kemanusiaan kapal Zaytouna-Oliva.” – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.