Google Dan Disney Dilaporkan Tidak Akan Membida Untuk Mendapatkan Twitter
Twitter dengan keadaan kewangan dan syarikat mereka, telah diperkatakan sedang melihat kepada pembeli – sekaligus membawa kepada desas-desus mengatakan beberapa pihak, termasuk Google dan Disney yang sedang melihat kepadanya.
Namun, kini, ia dikatakan Google dan Disney tidak akan membida untuk mendapatkan perkhidmatan berkenaan. Twitter sendiri tidak pernah mengatakan secara terbuka yang mana mereka ingin menjual perkhidmatan berkenaan.
Dengan kedua-dua pihak yang dilaporkan tidak akan membida untuk Twitter, kini hanya beberapa syarikat lain yang tinggal, termasuk salah satunya adalah Salesforce.
Sebelum ini, ramai menyasarkan Google mungkin mengambil-alihnya memandangkan ia akan melengkapkan penawaran sosial daripada Google, selain turut menawarkan sokongan tambahan di Twitter, dan data untuk carian masa-nyata.
Selepas ini, semestinya ia akan menjadi salah satu tanda tanya berkenaan syarikat yang akan mengambil-alih Twitter – ataupun adakah Twitter akan terus beroperasi secara bebas untuk tahun-tahun akan datang?
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2cU8JmQ
Post a Comment