Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siapa Identiti Pengarah Dan Timbalan Di Sabah Yang Diberkas SPRM? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siapa Identiti Pengarah Dan Timbalan Di Sabah Yang Diberkas SPRM?

Memiliki aset dan wang tunai bernilai lebih RM100 juta! Mungkin ia perkara biasa bagi mereka yang berjaya dalam perniagaan, tetapi bagaimana jika ia kepunyaan pegawai kanan kerajaan yang hanya berjawatan pengarah atau timbalan pengarah? Walaupun ia nampak mustahil tetapi itulah yang diberjaya dibongkar oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas mereka menahan dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan di Sabah, hari ini.

Lebih mengejutkan, dalam operasi khas di sebelah pagi, SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM15 juta di pejabat dan kediaman kedua-dua mereka. Bagaimanapun difahamkan jumlah keseluruhan wang tunai yang dirampas lebih besar hasil beberapa lagi serbuan selepas itu. Menurut sumber, kedua-dua suspek yang berusia 51 dan 54 tahun dan ditahan pada pukul 9.15 pagi itu dipercayai hidup mewah dengan memonopoli dan memberi projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion oleh Kerajaan Persekutuan sejak tahun 2010 kepada ahli keluarga mereka.

“Kita juga sedang menyiasat aset-aset lain yang mungkin dimiliki atau mempunyai kaitan dengan suspek antaranya tanah, rumah dan bangunan,” katanya. Jelasnya, SPRM kini sedang memburu beberapa kontraktor yang dipercayai saudara mara kedua-dua suspek bagi membantu siasatan dan melakukan serbuan di beberapa tempat termasuk agensi terbabit dan syarikat kontraktor terlibat.

“Perbuatan mereka ini bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi menutup periuk nasi puluhan kontraktor lain yang langsung tidak diberikan peluang untuk memasuki tender agensi terbabit.
 “Mereka disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Akta Pengubahan Wang Haram,” katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

Sumber : Utusan



Sumber : Oh My Media TV

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.