Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita Ikram kutuk tindakan rejim Israel tahan aktivis Women’s Boat to Gaza - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita Ikram kutuk tindakan rejim Israel tahan aktivis Women’s Boat to Gaza

KUALA LUMPUR: Wanita Ikram berasa amat kesal dan mengutuk tindakan rejim Israel yang menahan secara tidak sah aktivis kemanusiaan Dr Fauziah Mohd Hasan dan 12 rakannya anggota misi Women’s Boat to Gaza.

Mereka ialah 13 wanita cakna dari pelbagai negara Tunisia, Algeria, Kanada, Turki, Amerika Syarikat, Sweden, Ireland, New Zealand, Australia termasuk Israel sendiri – yang tidak bersenjata dalam rangka misi keamanan untuk memecah tembok kepungan Israel ke atas Gaza.

Dalam kenyataan medianya Ketua Wanita Ikram Malaysia, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim mendesak dan menuntut agar:

i. rejim Israel memastikan dan memberi jaminan bahawa semua tahan dalam keadaan selamat

ii. rejim Israel membebaskan segera kesemua tahanan tanpa sebarang syarat.

iii. Perdana Menteri Malaysia dan pemimpin semua negara berdaulat untuk memberi tekanan melalui pelbagai kaedah dan saluran hubungan diplomatik kepada Israel agar membebaskan semua tahanan.

iv. pihak Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan tekanan kepada Israel untuk menghentikan kepungan ke atas Gaza yang bercanggah dengan semua prinsip kemanusiaan sejagat.

Kenyataan media disokong oleh:
i. BDS Malaysia ( Boycott Divest Sanction) ii. Malaysian Assoc of Maternal & Neonatal Health (Mamaneh) iii. Mothers of Malaysians Initiative (MoMs) iv. Muslimah Interest Zone & Networking (Mizan) v. Pertubuhan Mawaddah Malaysia
vi. Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga (Paksi Ikram) vii. Yayasan Atfal Jannah.

Mereka menyeru semua rakyat Malaysia dan mereka yang cinta akan keamanan seluruh dunia agar:
i. ambil cakna perihal latar belakang negara Israel dan kesannya terhadap Palestin.
ii. sebarkan makluman isu Palestin kepada orang di sekeliling kita.
iii. doa penuh khusyuk dan berterusan semoga dunia kekal aman dan rahmah.



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.