Lelaki Ini TERKEJUT Hospital Caj Tambahan RM162 Gara² Dia Memegang Dan Meletakkan Bayi Di Atas Dada Isterinya !!!
Lelaki Ini TERKEJUT Hospital Caj Tambahan RM162 Gara² Dia Memegang Dan Meletakkan Bayi Di Atas Dada Isterinya !!! | UTAH: Seorang lelaki terpaksa membayar caj tambahan sebanyak RM162 di Hospital Utah Valley di Provo kerana memegang dan meletakkan bayinya yang baru saja dilahirkan secara pembedahan di atas dada isterinya, lapor New York Times.
Ryan Grassley berkata pada mulanya beliau tidak ambil serius dengan caj yang dimasukkan dalam bil hospital sebagai “sentuhan kulit ke kulit selepas pembedahan” itu dan memuat naik gambar isteri dan bayinya ke Reddit pada Isnin.
Tetapi, kisahnya itu dengan cepat mendapat perhatian dan setakat ini menerima 11,600 komen pengguna serta menjadi “muka depan” di Internet menerusi lebih 6,000 undian.
Post di Reddit itu menyebabkan ramai yang marah dan kecewa dengan bil perubatan yang tersembunyi dan tidak dijangka, lapor akhbar berkenaan.
Ryan, 37, dari Spanish Fork di sini, dalam postingnya berkata bayi lelakinya lahir pada 4 September dan ketika isterinya sedang melahirkan, mereka ditanya adakah mahu memegang bayi yang baru lahir itu selepas pembedahan selesai.
Selepas pembedahan selesai, Ryan memegang bayinya yang diletakkan di antara leher dan dada isterinya, sementara seorang jururawat mengambil gambar itu.
Mereka kemudian dikenakan bayaran kerana memegang bayi dan merakamkan gambar berkenaan.
Sementara itu, jurucakap hospital berkenaan, Janet Frank dalam satu kenyataan berkata caj itu bukan untuk sentuhan kulit ke kulit, yang menjadi amalan hospital untuk meningkatkan keakraban ibu dan bayi serta penyusuan badan.
Janet berkata caj itu dikenakan kerana seorang jururawat tambahan diperlukan di bilik pembedahan sementara pasangan ibu bapa itu memegang bayi mereka yang baru lahir.
Katanya, kehadiran jururawat itu diperlukan untuk memastikan kedua-duanya ibu dan bayi kekal selamat.
“Hanya dalam kes kelahiran secara pembedahan jururawat tambahan dibawa ke dalam bilik pembedahan,” kata kenyataan itu.
Apabila post di Reddit semakin mendapat perhatian, Ryan menjelaskan beliau dan isterinya tahu kos melahirkan akan meningkat dengan jumlah keseluruhan bil termasuk pembedahan ialah RM54,827.
“Kami tahu bil akan tinggi dan menyediakan simpanan yang mencukupi. Semua yang terlibat dalam proses kelahiran bayi kami sangat hebat, dan kami mendapat pengalaman yang positif. Kami hanya rasa lucu melihat caj itu dalam bil hospital,” katanya.
Sumber : Free Malaysia Today
P.S. 1 – Pagi Raya. Aku Lafaz CERAI Isteri Di Hadapan Semua Adik Beradik Hanya Kerana AIR !!!
P.S. 2 – Terkini Bom Madinah. Inilah Tindakan 4 Polis Terhadap Pengebom Berani Mati Sebelum Mereka Syahid !!!
P.S. 3 – ”Aku Solat 5 Waktu Tak Lawan Mak Ayah, Kenapa AKu Yang Kena??” Wanita Ini MERAUNG Akibat Perbuatan Suami !!!
P.S. 4 – Pernah Bergelar Raja Permaisuri Agung. Selepas 15 Tahun Inilah Kehidupannya Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 5 – Bazar Ramadan. Apa Yang Dibawa Oleh Van Ini MENGEJUTKAN Ramai !!!
The post Lelaki Ini TERKEJUT Hospital Caj Tambahan RM162 Gara² Dia Memegang Dan Meletakkan Bayi Di Atas Dada Isterinya !!! appeared first on SEMASA VIRAL.
from SEMASA VIRAL http://ift.tt/2duCXfk
Post a Comment