BERSIH Akan Teruskan Tindakan Saman Jamal
Pemantau pilihan raya, BERSIH, akan meneruskan saman fitnahnya terhadap Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos kerana mendakwa gabungan NGO itu diserapi IS.
Jamal, yang mengetuai kumpulan anti-BERSIH yang dirujuk sebagai ‘Baju Merah’, juga mendakwa dia mempunyai maklumat bahawa BERSIH akan mengepung Putrajaya dan lapangan terbang semasa perhimpunannya pada 19 November di Kuala Lumpur.
Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata saman fitnah itu akan difailkan selepas Jamal mengoyakkan dan mencampak surat tuntutan BERSIH supaya dia memohon maaf, ke dalam lubang tandas.
“Ya, kami akan meneruskan tindakan undang-undang itu pada hari Jumaat,” katanya kepada Malaysiakini.
BERSIH sebelum ini memberi Jamal notis 48 jam, yang berakhir hari ini, untuk memohon maaf atas kenyataannya itu.
Jamal, bagaimanapun, enggan berbuat demikian dan sebaliknya mencampakkan surat tuntutan itu – yang disifatkannya sebagai ‘najis’ – ke dalam lubang tandas di hadapan wartawan semalam.
Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2cTVOkA
Post a Comment