NGO Rafizi Bawa Bekas Pembantu Obama Baiki Kaedah Kempen PRU14
Seorang bekas pembantu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah dibawa oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk bekerja dengan NGO beliau – Invoke – dalam usaha mereka bagi memperbaiki kaedah berkempen untuk pilihan raya umum akan datang.
Andrew Claster, yang merupakan timbalan ketua analisis kempen pemilihan semula Obama pada 2012, kini seorang sukarelawan Invoke, yang membantu kumpulan itu dengan program analisis data pengundi.
“Kami menggunakan maklumat yang ada mengenai pengundi untuk mengenal pasti siapa penyokong kami dan siapa yang dapat diyakinkan dan kami akan gunakan sumber-sumber kami sepatutnya,” kata Claster kepada Malaysiakini, merumuskan mengenai kegunaan analisis tersebut.
Beliau berkata demikian selepas sesi taklimat mengenai program untuk Pakatan Harapan di Kuala Lumpur malam tadi.
Claster berkata, data itu akan digunakan untuk menyediakan mesej secara khusus menyasarkan peralihan sokongan pengundi, dengan menangani keperluan dan kebimbangan mereka.
Manakala ketua pegawai operasi Invoke, Shaun Kua berkata pasukan Invoke itu akan mengumpul data yang diperlukan dengan menghantar sukarelawan dari pintu ke pintu.
Sukarelawan itu, katanya, adalah rakyat biasa Malaysia di mana pengundi mudah berinteraksi, berbanding dengan ahli politik.
Rafizi pula berkata, analisis data itu akan menyediakan kepada ahli politik wawasan baru mengenai apa yang pengundi sebenarnya mahu.
Ia dilakukan dengan menyesuaikan kempen lebih ke arah pengundi, dan “bukan apa yang anda fikir penting,” kata Rafizi.
Malah, katanya, beliau sendiri tidak tahu apa yang rakyat mahu sehingga dia mula bertanya kepada mereka.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah pula berkata analisis data seumpama itu sepatutnya sangat berguna ketika pilihan raya umum 2013.
Saifuddin, yang ketika itu bersama Umno, kalah kerusi Parlimen Temerloh kepada PAS.
“Apa yang saya tidak menjangka adalah gelombang pengundi muda dan pengundi kali pertama.
“Jika kita mempunyai analisis itu, kami akan mampu untuk membaca mood. Sebaliknya kita bergantung kepada data pilihan raya sebelumnya, yang bermakna kita lima tahun di belakang,” katanya.
Invoke mendapat perhatian apabila ia menawarkan insentif wang tunai kepada orang ramai untuk mendaftar sebagai mengundi, melalui pertandingan slogan.
Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2dNaPG5
Post a Comment