Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Ini RESAH Kerana Duit Tidak Diterima Mesin. Apa Yang Wanita Ini Lakukan Buat Lelaki Itu TERGAMAM !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Ini RESAH Kerana Duit Tidak Diterima Mesin. Apa Yang Wanita Ini Lakukan Buat Lelaki Itu TERGAMAM !!!

Lelaki Ini RESAH Kerana Duit Tidak Diterima Mesin. Apa Yang Wanita Ini Lakukan Buat Lelaki Itu TERGAMAM !!! | Menunggu giliran untuk berurusan di mesin ATM  adalah antara perkara yang paling menguji kesabaran seseorang. Lagi-lagi kalau orang depan buat urusan lama sangat tapi tak lepas-lepas jugak. Memang boleh buat darah menyirap kalau kita nak cepat tapi orang depan pula yang melambatkan.

mvv

Seperti kes lelaki ini yang cuba untuk memasukkan duit ke akaun adiknya menggunakan cash deposit machine (CDM) tetapi berulangkali tidak berjaya. Sampai orang belakang buat muka sebab kena tunggu dia. Apa yang berlaku selepas itu?

Pagi itu, saya ke bank. Ada dua urusan.

Ketika sedang beratur, lelaki di mesin CDM sebelah saya nampak resah. Beberapa kali saya dengar suara dia mengeluh.

“Miss, ada RM10.00 tak? Tukar dengan saya,” katanya kepada seorang wanita yang sedang beratur di belakangnya.

“Sorry, Sir. Tak ada,” jawab wanita itu.

Saya keluarkan RM10.00 daripada dompet dan menyerahkannya kepada lelaki itu.

“Cuba duit saya.”

Lelaki itu senyum menyambut dan terus memasukkannya ke dalam mesin. Tak boleh juga. Dicuba lagi beberapa kali, tetap tak boleh.

Wanita di belakangnya tadi dah mula mencuka. Macam-macam bunyi keluhan terdengar, menambahkan lagi kalut lelaki tadi. Mesin-mesin lain di situ semuanya Out Of Service.

Lelaki itu pun keluar daripada barisan dan membuat panggilan. Suaranya agak kuat. Kami semua yang ada di situ mendengar jelas setiap butir perbualannya.

“Hello! Adik, abang minta maaf. Abang tak dapat masukkan duit. Mesin rosak. Adik nak guna urgent ke? Pinjam duit kawan dulu, boleh? Itu je duit abang ada. Hmm… Ok. Ok. Abang usahakan. Nanti abang call balik.”

Selesai urusan pertama, automatik, saya menghampirinya dan mulut saya bertanya. “Ada masalah ke, bang?”

Dia senyum lemah. “Adik nak guna duit. Saya ada RM10.00 je. Tak boleh masuk pula tu. Kesian adik…” Dia termenung sekejap.

Saya keluarkan sekeping duit dengan amaun lebih besar sikit dari tadi. “Agaknya mesin tu tak boleh terima RM10.00 kot. Nah, cuba duit ni.” Dia nampak tergamam.

Wanita di mesin tadi sudah selesai urusan. Mukanya dah tak mencuka dan turut menyertai kami.

“Sorry, I nak cepat sangat tadi. Sorry,” katanya meminta maaf. Sambil menghulurkan sekeping duit lagi. “Nah, cuba masukkan. Sorry again, ya. I got to go.”

Wanita itu terus berlalu. Lelaki itu tambah tergamam. Tak sempat berkata apa. Ada dua keping wang kertas di tangannya sekarang. Tanpa berlengah, dia terus memasukkan duit tadi. Saya pula terus menyambung urusan kedua.

Saya tersenyum lebar apabila mendengar lelaki itu bercakap di telefon ketika saya sedang melangkah keluar daripada bank.

“Adik, abang dah masukkan duit. RM100.00. Alhamdulillah…”

Saya terus menuju ke kereta. Suami saya sedang menunggu. Daripada dalam kereta, saya melihat lelaki itu sedang tersenyum ke arah saya di dalam bank.

Mungkin hatinya sedang berkata, “Terima kasih.”

Lalu hati saya menjawab, “Sama-sama.”

Sumber : FB Atie Zam

P.S. 1 – Pagi Raya. Aku Lafaz CERAI Isteri Di Hadapan Semua Adik Beradik Hanya Kerana AIR !!!
P.S. 2 – Terkini Bom Madinah. Inilah Tindakan 4 Polis Terhadap Pengebom Berani Mati Sebelum Mereka Syahid !!!
P.S. 3 – ”Aku Solat 5 Waktu Tak Lawan Mak Ayah, Kenapa AKu Yang Kena??” Wanita Ini MERAUNG Akibat Perbuatan Suami !!!
P.S. 4 – Pernah Bergelar Raja Permaisuri Agung. Selepas 15 Tahun Inilah Kehidupannya Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 5 – Bazar Ramadan. Apa Yang Dibawa Oleh Van Ini MENGEJUTKAN Ramai !!!

The post Lelaki Ini RESAH Kerana Duit Tidak Diterima Mesin. Apa Yang Wanita Ini Lakukan Buat Lelaki Itu TERGAMAM !!! appeared first on SEMASA VIRAL.



from SEMASA VIRAL http://ift.tt/2dMEvPl


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.