Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cadangan Tempoh PM Dua Penggal Rasional - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cadangan Tempoh PM Dua Penggal Rasional

Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed

 

Cadangan tempoh perkhidmatan perdana menteri selama dua penggal adalah sangat rasional dengan mengambil kira pendekatan beberapa negara luar yang lain.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat dan Indonesia turut menggunakan pendekatan sedemikian dalam pentadbiran mereka malah ia turut memberikan kesan positif kepada masyarakat.

“Saya kira cadangan dua penggal itu adalah tempoh rasional buat pemimpin untuk memegang jawatan sebagai perdana menteri.

“Sudah tentu individu yang menjadi perdana menteri akan cuba melaksanakan manifesto mereka dengan sebaik mungkin supaya memudahkan apabila meninggalkan jawatan tersebut selepas dua penggal,”katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini, Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Anuar Mohd Tahir memaklumkan bahawa cadangan tempoh perkhidmatan perdana menteri dua penggal telah mendapat persetujuan daripada Pakatan Harapan walaupun secara tidak rasmi.

Malah, Anuar berkata cadangan berkenaan juga adalah amat bersesuaian bagi ‘check and balance’.

Dalam pada itu, Marthada memaklumkan bahawa sekiranya perdana menteri diberi tempoh lebih dari dua penggal, ia dibimbangkan akan memberi kesan kepada perjuangan terhadap masyarakat di negara ini.

“Ini penting kerana kalau jadi perdana menteri lebih dari dua penggal, perjuangan yang dibawa itu dibimbangkan bukan lagi untuk masyarakat namun lebih menjurus kepada kepentingan peribadi.

“Sebab itu pelaksanaan ini sangat rasional dengan mengambil kira pendekatan negara maju lain,” katanya.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2dwQ9ih

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.