250000 Penjawat Awam UK Mungkin Kehilangan Kerja Kerana Robot Dan Kecerdasan Buatan
Terdapat 1.6 Juta penjawat awam di Malaysia. Ini menurut beberapa laporan akhbar meletakkan Malaysia sebagai negara dengan jumlah penjawat awam tertinggi berbanding jumlah penduduk. Di United Kingdom terdapat 418343 penjawat awam yang bekhidmat untuk 64.1 Juta penduduk. Jumlah ini berkuarangan dengan mendadak dalam masa 13 tahun dengan pengenalan robot dan kecerdasan buatan.
Menurut laporan The Guardian, 250000 penjawat awam akan kehilangan kerja kerana penggunaan robot dan bot kecerdasan menjelang 2030, Bot perbualan dengan kecerdasan buatan akan mengambil alih tugas menjawab persoalan orang ramai yang selama ini dilakukan menerusi emel dan telefon. Robot pula akan menggantikan doktor dan jururawat dalam melakukan diagnosis tertentu. Program yang mengesan penyakit kanser misalnya sudah wujud dan melakukan pemeriksaan lebih pantas berbanding manusia.
Akibat dari penggunaan dua teknologi ini, penjawat awam manusia akan melakukan kerja apabila benar-benar diperlukan. Malah terdapat ramalan mereka hanya menawarkan tugas seperti Uber. Gaji dibayar mengikut jumlah kerja yang dilakukan dan penjawat awam perlu mencari kerja yang berkaitan dengan jabatan mereka. Pihak National Health Service (NHS) diramal dapat melakukan penjimatan kos sehingga £4 Billion (~RM 23 Billion) setahun dengan penggunaan teknologi.
Selain meningkat produktiviti sektor awam dan penjimatan kos, penggunaan bot juga mengurangkan ketirisan akibat rasuah. Tidak seperti manusia, bot tidak boleh dirasuah untuk mempercepatkan urusan atau bertindak sebagai “cable” orang dalam.
Ini bukan kes pertama manusia kehilangan kerja kerana kecerdasan buatan. Di Jepun 34 pekerja syarikat insuran kehilangan kerja dan digantikan dengan komputer IBM Watson dengan kecerdasan buatan. Di China pula 6000 pekerja kilang Foxconn digantikan dengan robot.
Malaysia ialah negara yang pernah berbangga dengan “kerajaan tanpa kertas” yang merupakan idea Tun Dr Mahathir. Umum diketahui selepas dua puluh tahun idea asal mantan Perdana Menteri ini seperti telah dilupakan dan kita masih mengisi pelbagai borang untuk berurusan dengan jabatan kerajaan. Mungkin pihak kerajaan Malaysia turut boleh mengikut langkah UK bagi mengurangkan jumlah penjawat awam sekaligus mengurangkan kos pentadbiran negara.
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment