Hi! Welcome Back and Stay Tune! Muzium Dalam Laut Yang Pertama Di Dunia Kini Dibuka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Muzium Dalam Laut Yang Pertama Di Dunia Kini Dibuka

Kalau di Jepun mereka ada muzium unik mee segera dan muzium batu berwajah manusia, di Sepanyol pula terdapat muzium yang lebih awesome! Muzium dalam laut dan ianya yang pertama dibuka di dunia.

The Underwater Museum atau Museo Atlantico ini terletak berhampiran Pantai Bahia de Las Coloradas di kepulauan Lanzarote, ia sudah mula dibuka untuk orang ramai pada 10 Januari 2017 dengan harga tiket $12.80 Usd kira-kira RM57.00 seorang. Buat anda yang ingin ke sini, waktu operasi adalah pada pukul 10 pagi sehingga 5 petang.

Apa yang bakal anda lihat di sini adalah arca-arca ukiran yang sungguh artistik dihasilkan oleh Jason deCaires Taylor iaitu seorang pengukir terkenal dari keturunan British. Terdapat lebih daripada 300 arca yang dipamerkan di dalam muzium ini.

Walaupun ditempatkan di dalam laut, muzium ini dilindungi dinding setinggi 30 meter dengan berat hampir 100 tan. Dan ianya mengambil masa selama 3 tahun untuk siap dibina. Selain menjadi tempat tarikan pelancongan, tujuan muzium ini dibina adalah untuk menerapkan unsur moral bagi memperingatkan tentang pencemaran alam sekitar dan juga pemanasan global yang berlaku sekarang.

Buat anda yang mahu rasa pengalaman berenang dalam muzium, inilah tempatnya! Tapi tidak pasti sama ada kepakaran menyelam diperlukan atau tidak untuk melawat muzium ini. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai Museo Atlantico melalui pautan ini.

Atau selamai muzium ini sekarang dengan menonton video di bawah:

Baca juga: Muzium Batu Berwajah Manusia Di Tokyo Ini Sungguh Pelik

Let's block ads! (Why?)





Sumber : VOCKET

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.