Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Memulakan Pendaftaran Minat Untuk Menguji EMUI 5 Beta Pada Huawei Nova Plus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Memulakan Pendaftaran Minat Untuk Menguji EMUI 5 Beta Pada Huawei Nova Plus

Pada tahun lepas, Huawei telah hadir dengan sebuah keluarga peranti baru, dinamakan NOVA. Di Malaysia, Huawei hanya menawarkan NOVA Plus sahaja, dan kini, Huawei Malaysia telah memulakan pendaftaran minat untuk EMUI 5.0 berasaskan Android 7.0 Nougat untuk peranti berkenaan.

Bagi anda yang tidak ingat, Huawei NOVA Plus merupakan peranti berspesifikasi pertengahan daripada Huawei, tetapi menyertakan beberapa ciri-ciri premium – lebih kurang seperti apa yang dilakukan oleh Samsung melalui keluarga peranti Galaxy A.

Huawei NOVA Plus hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, dijana menggunakan cip Snapdragon 625, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Di Malaysia, ia dijual pada harga RM1499.

Ia ketika dijual hadir dengan Android 6.0 Marshmallow, dan semestinya ramai yang akan mengemari permulaan ujian beta ini yang memberikan petanda Android Nougat akan ke peranti berkenaan tidak lama lagi.

Melalui EMUI 5.0, pihak Huawei turut menyertakan sokongan pembelajaran mesin untuk pengoptimasian sistem, fungsi talam aplikasi, notifikasi yang lebih tersusun, kemudahan multi-tasking, dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan NOVA Plus, boleh mendaftarkan minat untuk menguji EMUI 5.0 Beta terlebih dahulu – sebelum ia dilancarkan kepada pengguna umum.

Daftar Minat : Uji EMUI 5.0 Beta NOVA Plus






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2kEUKEu

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.