Hi! Welcome Back and Stay Tune! Uber Hadir Dengan UberHIRE Di India – Pemandu Peribadi Anda Ke Pelbagai Destinasi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Uber Hadir Dengan UberHIRE Di India – Pemandu Peribadi Anda Ke Pelbagai Destinasi

Uber pada hari ini mempunyai pelbagai penawaran mengikut setiap negara. Terkini, di India mereka hadir dengan sebuah perkhidmatan baru yang dinamakan sebagai UberHIRE.

Melalui UberHIRE, pengguna boleh membuat tempahan pemandu ke pelbagai destinasi mengikut tempoh masa. Sebagai contoh, anda boleh membuat tempahan pemandu untuk separuh hari, dan mereka akan membawa anda ke pelbagai destinasi yang telah ditetapkan.

Tambang untuk UberHIRE ini ditentukan berdasarkan kepada jarak perjalanan dan juga tempoh masa. Ia dikatakan berharga sekitar $10 (~RM45) untuk dua jam dan 30 kilometer jarak perjalanan. Ia boleh dikatakan agak murah jikalau dilihat kepada beberapa alternatif – apatah lagi pemandu berkenaan akan menunggu anda sementara anda melawat sesuatu lokasi. Walaubagaimanapun, ianya adalah harga untuk pasaran India, dan mungkin berbeza sekiranya diperkenalkan di negara lain.

Buat masa ini, UberHIRE hanya di India sahaja, dan mungkin anda boleh mencubanya sekiranya pergi bercuti ke sana.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jU0b2I

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.