Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jet Jho Low Bernilai RM133 Juta Dari Dana 1MDB Tersadai Di Singapura - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jet Jho Low Bernilai RM133 Juta Dari Dana 1MDB Tersadai Di Singapura

Sebuah jet berharga USD30 juta (RM133 juta) yang dibeli menggunakan duit curi daripada 1MDB, dilaporkan telah tersadai di salah sebuah lapangan terbang di Singapura.

Jet jenis Bombardier Global 5000 milik ‘dalang’ (mastermind) di sebalik pencurian wang 1MDB, Jho Low itu dikatakan sudah ditahan oleh pihak berkuasa Singapura sejak dua minggu lalu, di Lapangan Terbang Seletar, Singapura.

Jet itu dilapor merupakan sebahagian daripada aset-aset haram yang dibeli menggunakan wang curi daripada 1MDB bernilai lebih USD1 bilion dan sedang dalam proses rampasan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, DOJ (Department of Justice).

DOJ pada Julai tahun lalu mengeluarkan satu arahan untuk merampas jet berkenaan di dalam satu fail mahkamah yang menyenaraikan aset-aset bernilai lebih USD1 bilion yang didakwa telah dibeli oleh Jho Low dan rakan-rakan subahatnya menggunakan duit yang dicuri daripada 1MDB.

Dokumen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat itu antara lain, turut menyebut butiran jet peribadi jenis Bombardier Global 5000 dengan nombor siri 9265 dan nombor pendaftaran N689WM, yang memiliki dua enjin Rolls Royce bernombor siri 12487 dan 12488.

The post Jet Jho Low Bernilai RM133 Juta Dari Dana 1MDB Tersadai di Singapura appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.