Hi! Welcome Back and Stay Tune! Freedom Hosting II Digodam – Sekitar 10,000 Laman Dark Web Ditutup - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Freedom Hosting II Digodam – Sekitar 10,000 Laman Dark Web Ditutup

Laman Dark Web sering digunakan oleh penjenayah siber yang tidak mahu tindak-tanduk mereka diawasi oleh pihak-pihak berkuasa, dan mereka yang menjaja barang-barang yang dilarang seperti senjata, dadah dan lain-lain.

Baru-baru ini, seorang penggodam telah dikatakan menggodam arena berkenaan, dan menyebabkan sekitar 10,000 laman web tutup. Penggodam tersebut menyerang salah satu hos Dark Web yang popular, Freedom Hosting II. Setelah penggodam tersebut mendapat tahu bawah hos tersebut menggunakan bandwidth lebih dari apa yang hos berkenaan katakan ia guna, selain turut terlibat dalam kancah pengedaran pornografi kanak-kanak.

Berdasarkan laporan dari Motherboard, penggodam tersebut berjaya menggodam hos Freedom Hosting II melalui salah sebuah laman web yang dihoskan olehnya, dan dari situ, dia hanya perlu menukar beberapa fail konfigurasi dan selepas mencetuskan emel penetapan semula, akses kepada komputer pelayan Freedom Host II tersebut menjadi miliknya.

Mengikut penggodam tersebut, dia akan menyerahkan semua data-data peribadi yang dikumpulnya kepada pihak yang berkuasa yang akan digunakan untuk menangkap pihak-pihak yang bersalah. Diharap dengan ini, semakin berkuranglah jumlah pemangsa seksual dan penjual barang-barang seludup di Internet.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2kJLSNv

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.