Hi! Welcome Back and Stay Tune! 7 Punca Kerosakan Tayar Kereta Yang Patut Anda Tahu Lebih Awal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

7 Punca Kerosakan Tayar Kereta Yang Patut Anda Tahu Lebih Awal

Tanpa tayar kereta, kereta tidak boleh bergerak dan jika tayar kereta tidak dalam kondisi baik ada kemungkinan pemandu dan penumpang kereta akan alami kemalangan kelak.

Jadi, penting untuk tahu apakah punca kerosakan tayar kereta. Sebab jika kita tahu punca-puncanya, kita boleh ambil tindakan mencegah yang sewajarnya agar kerosakan yang sama tidak berulang lagi dan tayar pun tahan lama (jimat duit tak perlu kerap ganti tayar).

Baik jom kita lihat apa yang selalunya berlaku pada tayar.

1. Kerosakan di sebelah luar kedua-dua sisi tayar.

Jika anda lihat kerosakan seperti ini, maka ianya berpunca daripada tayar yang tidak cukup tekanan angin. Seperti yang sedia maklum, tekanan angin dalam tayar sememangnya akan berkurang setelah lama anda gunakan kenderaan anda.

Jadi, ada baiknya periksa secara berkala agar dapat pastikan tayar mempunyai tekanan angin sama seperti yang telah ditetapkan. Mungkin juga kehilangan tekanan angin adalah disebabkan kebocoran kecil, siapa tahu?

2. Kerosakan di bahagian tengah.

Kerosakan jenis ini lagi berbahaya kepada anda kerana ia berpunca daripada tekanan angin yang lebih dalam tayar kenderaan anda. Ia boleh mengundang risiko tayar meletup dengan tiba-tiba. Sila berhati-hati dan pastikan tekanan angin adalah mengikut jumlah bacaan yang telah ditetapkan.

3. Kerosakan di sebelah bahagian luar bunga tayar sahaja.

Ini kerosakan yang sememangnya sentiasa berlaku. Kerosakan berpunca daripada alignment yang tidak betul menyebabkan kerosakan tayar hanya sebelah sisi sahaja. Maka cepat-cepatlah lakukan alignment tayar kereta anda untuk mengelakkan kerosakan makin banyak.

4. Kerosakan secara rawak.

Jika anda lihat kerosakan secara rawak ataupun patchy spot kelihatan di tayar anda, maka ianya berpunca daripada balancing. Sebenarnya tayar yang tidak seimbang boleh dikesan awal kerana kadang-kadang anda akan rasa gegaran yang tidak normal apabila anda memandu kenderaan tersebut. Orang yang sudah lama memandu kereta, insya ALLAH boleh kesan masalah ini dengan lebih awal.

5. Kerosakan cupping wear.

Dalam istilah lain dalam bahasa Inggeris ialah diagonal scalloping wear yang mana menunjukan kenderaan anda mempunyai masalah suspension. Masalah ini sememangnya serius dan sudah tiba masa anda membaiki atau menukar suspension kereta anda.

6. Kerosakan di sebelah sisi tayar.

Kerosakan ini selalunya berlaku apabila anda terlanggar sesuatu yang tajam contohnya bongkah batu ataupun rubbing dengan sesuatu contohnya pembahagi jalan dan sebagainya. Ia sangat sensitif bagi kereta yang menggunakan sport rim dengan tayar yang nipis kerana ianya boleh membawa kepada tayar anda pancit.

7. Tayar koyak atau meletup.

Lazimnya, risiko tayar tiba-tiba terkoyak atau meletup berpunca daripada tayar yang sudah expired. Pastikan anda menggunakan tayar yang terbaru dan masih belum tamat tempoh. Tayar second hand juga kadang-kadang mempunyai risiko yang agak tinggi. Saya sarankan and gunakan tayar yang baru.

Selain 7 punca di atas, Kerosakan juga boleh berlaku disebabkan gaya pemanduan anda contohnya brake secara mengejut, ambil cornering yang tajam dalam keadaan laju dan sebagainya. Jumpa pakar dan lakukan pemeriksaan secara berkala.

Let's block ads! (Why?)





Sumber : VOCKET

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.