Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jamal Yunos Umum Mungkin Akan Lepaskan Jawatan Politik, 'Akan Mulakan Perniagaan Judi' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jamal Yunos Umum Mungkin Akan Lepaskan Jawatan Politik, 'Akan Mulakan Perniagaan Judi'

AMPANG, 6 Feb – Pengerusi Gabungan Ngo Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengumumkan mungkin akan meletakan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Sg Besar, Pengerusi NGO Selangor dan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia selepas beliau dibebaskan dari tahanan reman petang tadi.

Selain itu beliau juga berkata akan mengusahakan perniagaan barunya iaitu kedai mesin judi haram. Namun, tidak pasti sama ada beliau benar-benar serius tentang perkara itu.

Menurut Jamal, berniaga kedai judi haram lebih baik dan berkepentingan dari jawatan yang beliau miliki.

“Sebaliknya, saya akan mengusahakan perniagaan judi haram seperti tauke-tauke judi yang lain kerana mengusahakan judi haram ini mempunyai ketebalan dan keistimewaan berbanding dengan jawatan-jawatan sebagai pemimpin masyarakat.” ujar beliau.

Beliau berkata demikian selepas dibebaskan bersama sembilan daripada tahanan reman kira-kira pada jam 7 malam tadi.

Sebelum ini, Jamal direman selama lima hari setelah mendapat perintah yang telah dikeluarkan oleh Hakim Majistret Mohd Firdaus Sadina Ali di Mahkamah Majistret Ampang.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.