Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Menamatkan Sokongan Skype Untuk Versi Lama – Masa Depan Versi Linux Menjadi Tanda Tanya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Menamatkan Sokongan Skype Untuk Versi Lama – Masa Depan Versi Linux Menjadi Tanda Tanya

Microsoft terkini telah mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan untuk versi lama Skype, iaitu Skype untuk Windows versi 7.16 dan sebelumnya, selain Skype untuk Mac versi 7.0 ke 7.18. Microsoft mengatakan, pengguna yang menggunakan versi tersebut tidak boleh log masuk selepas 1 Mac, dan perlu menaik-taraf ke versi terbaru untuk terus menggunakannya.

Langkah ini dilakukan dalam mengintegrasikan pelbagai fungsi dan infrastuktur baru pada Skype, sekaligus menawarkan pengalaman yang baik kepada para pengguna.

Apa pun, bersama-sama pengumuman ini, salah satu perkara yang menjadi tanda tanya adalah mengenai masa depan untuk versi Linux. Walaupun tidak diumumkan melalui blog rasmi, tetapi Microsoft dilihat telah mula menghantar emel kepada pengguna Linux, mengatakan Skype 4.3 dan sebelumnya akan berhenti berfungsi selepas 1 Mac 2017 ini.

Apa yang menjadi persoalan adalah kerana versi terkini untuk Linux adalah Skype 4.3 – iaitu versi stabil dan rasmi. Mereka mempunyai penawaran Skype untuk Linux Alpha, namun terdapat beberapa fungsi yang masih tidak boleh digunakan lagi – salah satunya sokongan untuk panggilan keluar ke talian mudah-alih atau talian tetap.

Buat masa ini, Microsoft masih tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi mengenainya. Para pengguna telah mula mempersoalkan perkara berkenaan di forum rasmi Skype buat masa ini.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.