Google Dan Snap Pernah Berbincang Kerjasama Untuk Integrasi Carian Pada Kamera Snapchat
Snap baru-baru ini telah memfailkan penyertaan syarikat dalam bursa, sekaligus memperlihatkan sejumlah informasi berkaitan syarikat berkenaan. Melalui apa yang telah dikongsikan sebelum ini, Snap telah mengumumkan mereka akan membelanjakan sehingga $2 bilion pada Google Cloud dalam tempoh lima tahun akan datang.
Perkara ini mungkin tidak mengejutkan ramai, apatah lagi dengan angka pengguna yang tinggi dan memerlukan penggunaan perkomputeran awan yang tinggi.
Google sendiri telah membuat pelaburan pada Snapchat sebelum ini melalui CapitalG – dimana melaluinya selain daripada dana, Google turut menyediakan khidmat mentor dan sebagainya.
Selain daripada kerjasama dalam bidang storan awan, Google dan Snap pernah membincangkan kerjasama lebih besar pada tahun lepas – iaitu memfokuskan carian. Kedua-dua syarikat pernah berbincang sebuah fungsi yang membolehkan pengguna menggunakan kamera pada Snapchat untuk memfokuskan sesuatu objek = dan kemudiannya dengan tap seketika ia akan memaparkan informasi berkaitan dengannya daripada Google Search.
Seperti ramai sedia maklum, Google sedia mempunyai kepakaran kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin dalam mengenal-pasti objek dalam gambar – dan dengan integrasi Google Search, ia sekaligus akan membolehkan Google menjana pendapatan serta membawa syarikat mereka ke arena media sosial. Untuk Snap pula, mereka boleh menjana pendapatan melaluinya.
Walaubagaimanapun, kerjasama berkenaan dilihat tidak berhasil. Sebaliknya, pihak Snap dilihat sedang membangunkan sokongan carian mereka tersendiri.
Dengan peralihan pihak Snap, ia sekaligus memposisikan Google sebagai salah satu pesaing – dan begitu juga sebaliknya. Untuk Google sendiri, ini bukan kali pertama syarikat yang mereka melabur menjadi salah satu pesaing. Sebelum ini, Uber yang turut mempunyai pelaburan daripada Google turut sedang membangunkan teknologi pemetaan dan kereta autonomi tersendiri.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2kE5XFg
Post a Comment