Hi! Welcome Back and Stay Tune! Khalid Samad Akan Saman Blogger ‘Omakkau’ Kerana Fitnah Sembah Ayam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Khalid Samad Akan Saman Blogger ‘Omakkau’ Kerana Fitnah Sembah Ayam

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik blog omakkau.blogspot.com berhubung fitnah kononnya beliau menyembah ayam dalam satu paparan video satira sempena Tahun Baru Cina.

Klik artikel ‘Saya Ucap Gong Xi Fa Cai, Bukan Sembah Ayam’ – Khalid Samad’.

Mengakui dirinya tidak asing dengan fitnah dan putar belit, beliau berkata, tindakan mahkamah tetap akan diambil walaupun pemilik blog itu didapati telah mengeluarkan ‘posting’ dakwaan terbabit.

“Saya sudah kenal pasti antara pemain utama iaitu blog Omakkau. Saya dapati ‘posting’ itu sudah dikeluarkan tetapi tidak bermaksud terlepas daripada dakwaan. Saya sedang berbincang dngan peguam tentang tindakan yang akan diambil.

“Bila dia (pemilik blog Omakkau) keluar tuduhan sembah itu, sebenarnya semua terlibat dalam video itu kena. Dalam video itu ada YB Rafizi dan ramai lagi.

Ini satu corak politik yang melampau dan saya berasa bertanggungjawab untuk menentukan corak politik sebegini tidak lagi diamalkan,” ujarnya pada sidang media di Wisma Amanah di ibu negara hari ini.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam itu memberitahu, beliau sebelum ini pernah memenangi kes saman fitnah ke atas bekas Adun Sungai Rapat di Perak, Datuk Hamidah Osman berhubung penyiaran gambar yang menunjukkan beliau seperti seorang paderi Kristian dan murtad.

The post Khalid Samad Akan Saman Blogger ‘Omakkau’ Kerana Fitnah Sembah Ayam appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.