Hi! Welcome Back and Stay Tune! AMD Memfailkan Aduan Pelanggaran Paten Terhadap MediaTek, LG, Vizio - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AMD Memfailkan Aduan Pelanggaran Paten Terhadap MediaTek, LG, Vizio

Hak penggunaan paten merupakan suatu isu yang sangat serius di kalangan syarikat-syarikat teknologi terbesar di dunia. Terbaru, nampaknya AMD telah memfailkan aduan pelanggaran paten terhadap beberapa syarikat, termasuklah pengeluar cip terkemuka daripada China, iaitu MediaTek. Aduan pelanggaran paten ini turut menamakan pihak LG dan juga Vizio selain Mediatek.

Dalam penfailan aduan AMD terhadap syarikat-syarikat ini, mereka telah didakwa melanggar tiga paten, dua daripadanya oleh ATI Technologies sebelum syarikat tersebut diambil alih oleh AMD. Paten-paten yang dilanggar ini berdasarkan teknologi grafik yang menggunakan konsep shader, yang digunakan untuk memasukkan efek khas dan pemprosesan pasca video.

Pemfailan pelanggaran paten-paten ini dikatakan kerana MediaTek menggunakannya di dalam beberapa SoC (System-on-a-Chip) mereka tanpa kebenaran, dan syarikat-syarikat seperti LG dan Vizio terkena tempias juga kerana ada beberapa peranti mereka, seperti LG X Power yang menggunakan cip pemprosesan Helio P10, dan juga television pintar Vizio yang menggunakan SoC SX7, dan kedua-dua komponen ini dikatakan melanggar paten AMD yang tersedia.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jSvefo

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.