Hi! Welcome Back and Stay Tune! Alcatel Mungkin Memperkenalkan Telefon Dilengkapi LED Berwarna Pada Panel Belakang Di MWC 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Alcatel Mungkin Memperkenalkan Telefon Dilengkapi LED Berwarna Pada Panel Belakang Di MWC 2017

Dengan pelbagai pengeluar peranti dan syarikat gergasi bersedia untuk memperkenalkan sejumlah telefon pintar baru bersempena dengan Mobile World Congress 2017 pada penghujung bulan ini, kini nampaknya pihak Alcatel turut tidak ketinggalan, dan turut merancang untuk memperkenalkan beberapa peranti baru mereka.

Alcatel MWC 2017Pihak Alcatel kini dilihat telah mula menghantar jemputan media kepada acara pelancaran yang dijadualkan pada 27 Februari ini – sehari selepas pengumuman oleh Nokia, Huawei, LG dan lain-lain.

Menariknya, melalui jemputan mereka, Alcatel memperlihatkan sebuah peranti dengan kerangka belakang yang dilengkapi dengan panel LED berwarna pada bahagian belakang. Sekiranya benar mengikut desas-desus, ia mungkin boleh dikawal mengikut rentak lagu – sama ada ketika memainkan muzik ataupun ketika menerima notifikasi telefon pintar.

Perkara ini mungkin memberikan sedikit kelainan untuk penawaran peranti – berbanding apa yang kita biasa lihat sekarang pada pasaran.

Selain daripada telefon pintar baru Alcatel, syarikat disebaliknya, TCL turut merancang memperkenalkan BlackBerry Mercury pada acara sama.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jSaX7Y

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.