Apple Pamer Keupayaan Kamera iPhone 7 Merakam Gambar ‘Low Light’
Apple telah memilih beberapa orang jurugambar untuk mengambil bahagian dalam kempen fotografi Shot On iPhone mereka, kali ini dengan tema ‘One Night’. Dalam kempen ini, Apple memfokuskan tentang kebolehan hebat kamera iPhone 7 dalam merakam gambar dalam persekitaran low light atau kurang pencahayaan.
Semua rakaman gambar ini dirakam pada malam 5 November 2016. “Untuk rakaman siri Shot On iPhone ini, kami telah memilih beberapa orang jurugambar dari serata dunia untuk merakam waktu malam di tempat mereka dengan menggunakan sepenuhnya potensi kamera iPhone 7,” kata Apple. Hasil dari rakaman ini adalah gambar-gambar yang hebat dan akan dipamerkan di 25 negara.
Kamera iPhone 7 mempunyai bukaan lensa yang lebih luas yang membolehkan lebih banyak cahaya masuk dan optical stabilization yang lebih baik berbanding iPhone 6s. Rakaman ini memang cantik dan adakah anda akan tertarik untuk membeli iPhone 7? Atau anda mahu tunggu sahaja untuk iPhone 8? Pilihan di tangan anda.
Sumber : VOCKET
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment