Super Mario Run Telah Dimuat-Turun Lebih 78 Juta Kali – Kini, Menyertakan Easy Mode
Super Mario Run merupakan salah satu permainan daripada Nintendo yang telah ditawarkan kepada pengguna sejak bulan Disember lepas, dan hanya terhad untuk pengguna iPhone sahaja buat masa ini. Berkongsi perkembangan mengenainya, Nintendo mengatakan Super Mario Run telah dimuat-turun lebih 78 juta kali sehingga kini.
Angka ini merupakan salah satu pencapaian yang tinggi, namun sehingga kini Nintendo mengatakan hanya sekitar 5% pengguna sahaja yang membuat pembelian-dalam-aplikasi berkenaan.
Bersama-sama perkongsian penyata kewangan mereka, Nintendo hari ini turut memperkenalkan kemaskini untuk Super Mario Run yang menyertakan sokongan “Easy Mode”, yang mana menawarkan mod permainan yang lebih senang tanpa had masa untuk menyelesaikan sesuatu tahap.
Selain versi iOS, pihak Nintendo akan memperkenalkan permainan sama untuk Android sekitar Mac kelak. Sebelum permainan berkenaan, permainan Fire Emblem akan hadir pada bulan Februari ini untuk Android.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jQBLp7
Post a Comment