Nak botol SOSCILI-SOS sebijik? Macam ni caranya…
Sedar tak sedar, umur SOSCILI dah sepuluh bulan sejak dilancarkan April tahun lepas. Kalau mengandung, sekarang dah dalam pantang dah. Tapi writer full-time kat sini punyalah susah nak explain kat sedara mara dan anak penakan dorang bila kena tanya – kitorang ni memang kerja kat kilang sos cili ke?
So kitorang pun pasrah je lah dengan resam duniawi ni dan akhirnya bercadang untuk betul-betul buat sos cili! Betul tak tipu! Kitorang partner dengan satu kilang ni untuk resepi yang terbaik bagi menambah rasa ke dalam nasik, mee, dan keropok lekor korang.
Kitorang ada dua versi. Yang pertama adalah Tambah Pedas yang memang boleh tahan berapi. Yang kedua adalah Tambah Tambah Tambah Tambah Pedas yang akan buat korang menyesal bila kena bangun tiga pagi meratapi pilihan hidup korang.
So macam mana nak dapat?
Oleh kerana sos cili ni sangat ekslusif, kitorang tak jual di mana-mana pasaraya berhampiran. Tapi kitorang kasi can korang untuk menang! Setiap bulan, 5 komen terbaik di artikel (Facebook ataupun website) akan dipilih. Samada komen tu lawak ke, berilmiah ke, tak masuk akal ke, itu kami akan tentukan.
Setiap pemenang akan dapat kedua-dua perisa. Maknanya dua botol hoke!
So rajin-rajin la mengomen, sebab giveaway ekslusif kitorang berakhir pada 30 Jun 2016 :)
Sumbangan : SOSCILI http://ift.tt/2jVTpYH
a href='http://ift.tt/2dfzQXt' imageanchor='1' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;'>
Post a Comment