Hi! Welcome Back and Stay Tune! LibreOffice 5.3 Dilancarkan Dengan Sokongan Antaramuka Eksperimental Baru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

LibreOffice 5.3 Dilancarkan Dengan Sokongan Antaramuka Eksperimental Baru

LibreOffice merupakan salah satu perisian percuma dan sumber terbuka – alternatif untuk Microsoft Office. Ia dibangunkan oleh komuniti, dan menawarkan sejumlah fungsi dalam memudahkan pengguna membuat dokumen, bukan sahaja berbentuk teks, tetapi juga termasuk fail dokumen berbentuk pembentangan, spreadsheet dan sebagainya.

Terkini, hari ini, pembangunnya telah melancarkan LibreOffice 5.3 yang hadir dengan kemaskini dan sejumlah fungsi baru. Enjin susun atur teks pada LibreOffice kini dikemaskini dan menawarkan paparan yang konsisten pada pelbagai platform. Selain daripada itu, antaramuka ketika penyuntingan teks kini lebih baik – termasuk sokongan untuk pelbagai jenis input baru melaluinya.

Pihak pembangunnya kini turut menyertakan kod sumber untuk LibreOffice Online – yang mana boleh dipasang pada pelayan dan digunakan secara terus melalui pelayar web.

LibreOffice Notebookbar

Disamping itu, salah satu perkara yang mencuri perhatian adalah antaramuka baru yang dinamakan Notebookbar yang hadir bersama LibreOffice 5.3 ini. Ia kini menawarkan paparan antaramuka seumpama RibbonUI daripada Office, dan memudahkan lagi proses pengguna menggunakan perisian berkenaan.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun LibreOffice 5.3 ini dan menggunakannya di komputer berasaskan Windows, Linux, mahupun macOS.

Muat-Turun LibreOffice 5.3





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.