Hi! Welcome Back and Stay Tune! Foto 80 Ekor Burung Helang Naik Kapal Terbang Buat Pengguna Internet Terperanjat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Foto 80 Ekor Burung Helang Naik Kapal Terbang Buat Pengguna Internet Terperanjat

Cuba bayangkan. Anda masuk ke dalam kapal terbang dan mendapati ada 80 ekor burung helang sedang duduk di dalam pesawat itu dan akan terbang bersama berjam-jam lamanya bersama anda.

Itu yang berlaku di dalam satu pesawat seperti mana yang diceritakan oleh seorang pengguna laman media sosial Reddit.

Pelayar yang menggunakan nama lensoo itu berkata foto burung-burung di dalam pesawat itu diberikan oleh seorang rakannya yang juga seorang kapten pesawat.

“Seorang rakan yang juga rakan saya menghantar foto ini. Putera saudi membeli tiket untuk 80 ekor burung helangnya.” dakwa lelaki berkenaan.

Foto berkenaan memaparkan burung-burung berkenaan diikat sayap dan ditutup matanya supaya tidak terbang merata-rata.

Bersama burung-burung terbabit, kelihatan penumpang-penumpang lain berada di bahagian sisi pesawat.

Pengangkutan burung Falcon menggunakan syarikat penerbangan di Timur Tengah adalah perkara yang biasa, dengan Qatar Airways membenarkan sehingga enam ekor burung jenis itu diangkut dalam kelas ekonomi, dengan harga antara £90 hingga £500 bagi setiap ekor burung bergantung kepada destinasi.

Burung Falcon adalah salah satu simbol Emiriah Arab Bersatu dan mereka layak mempunyai pasport sendiri untuk perjalanan udara, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk memerangi penyeludupan.

Foto berkenaan seterusnya menyebabkan pengguna internet, terutamanya di barat, terperanjat dengan foto pelik itu.

“Helang adalah haiwan yang cool. Tetapi kenapa sampai 80?” soal pengguna Reddit, blackbalance.

Seorang lagi pengguna Reddit berkata: “Bagi mereka yang tertanya-tanya, mungkin ini salah seorang kerabat diraja dari negara teluk yang mahu pergi memburu.

“Jika anda sering terbang dengan Etihad, Emirates atau Qatar, anda akan dapat melihat seseorang terbang di kelas pertama dengan burung Falcon duduk di sebelah mereka.

“Mereka mempunyai pasport sendiri supaya mereka boleh melakukan perjalanan untuk memburu dan ada undang-undang khas di negara-negara teluk untuk mengelakkan diskriminasi terhadap burung Falcon.”

Sumber: Dailymail, mStar Online, Reddit





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.