Hi! Welcome Back and Stay Tune! Imej Pengolokan Huawei P10 Plus Tertiris Menunjukkan Skrin Dwi-Lengkung Dan Pengimbas Retina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Imej Pengolokan Huawei P10 Plus Tertiris Menunjukkan Skrin Dwi-Lengkung Dan Pengimbas Retina

Semakin hampir kita kepada MWC 2017, semakin banyak maklumat tertiris mengenai peranti-peranti yang akan dilancarkan. Huawei dipercayai akan melancarkan Huawei P10. Dua versi mungkin dilancarkan dan imej pengolokan untuk P10 Plus tertiris hari ini.

Dari apa yang dapat kami lihat P10 Plus dilengkapi skrin 5.5″ dengan skrin dwi-lengkung seperti yang digunakan pada Mate 9 Pro dan Mate 9 Porsche Design. Pada bahagian hadapan terdapat pengimbas retina. Aneh sekali terdapat butang home fizikal pada bahagian hadapan dan pengimbas cap jari berbentuk bulat pada panel belakang. Pada Mate 9. pengimbas cap jari diletakkan hanya pada panel belakang yang juga merangkap butang home fizikal.

P10 Plus mungkin akan dilengkapi pemproses HiSilicon Kirin 965, RAM sehingga 8 Gigabyte dan storan sehingga 256 Gigabyte. Seperkara lagi sistem flash berbentuk bulat digunakan untuk dwi-kamera belakang dengan sensor 20+12 Megapixel.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jTNEdP

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.