Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengguna Huawei P9 Di Malaysia Turut Mula Menerima Kemaskini Android Nougat Dengan EMUI 5.0 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengguna Huawei P9 Di Malaysia Turut Mula Menerima Kemaskini Android Nougat Dengan EMUI 5.0

Selain daripada Honor 8, pihak Huawei Malaysia dilihat telah mula menawarkan kemaskini Android 7.0 Nougat untuk telefon pintar popular mereka, iaitu Huawei P9. Bersama-sama dengannya, ia turut hadir dengan sokongan antaramuka EMUI versi terkini, iaitu EMUI 5.0.

Melalui EMUI 5.0 yang melengkapkan Android 7.0 Nougat ini, sejumlah fungsi baru disertakan, termasuk antaranya adalah sokongan talam aplikasi, talam notifikasi yang diberikan nafas baru, kemudahan untuk multi-tasking, dan pengoptimasian pada bateri serta pemprosesan.

Disamping itu, melalui EMUI 5.0 juga, pihak Huawei memfokuskan kepada penawaran pembelajaran mesin. Mereka mengatakan peranti akan beroperasi dengan pantas – walaupun selepas beberapa bulan ia digunakan, berbeza dengan sejumlah peranti lain yang mula memperlihatkan lengah masa.

Bagi anda yang menggunakan Huawei P9, anda boleh menyemak peranti anda untuk kemaskini EMUI 5.0 hari ini. Seperti biasa, ia diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna, dan mungkin mengambil masa seminggu dua untuk diterima oleh semua.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2kQy7gC

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.