Hi! Welcome Back and Stay Tune! Daimler Mengumumkan Kerjasama Untuk Guna Kenderaan Pemanduan Autonomi Dibawah Rangkaian Uber - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Daimler Mengumumkan Kerjasama Untuk Guna Kenderaan Pemanduan Autonomi Dibawah Rangkaian Uber

Uber hari ini mengumumkan kerjasama dengan Daimler, syarikat disebalik jenama kereta seperti Mercedes Benz – dimana kedua-dua syarikat ini akan bekerjasama dalam membangunkan teknologi kereta pemanduan autonomi, dan menggunakan ia dalam rangkaian Uber.

Berbeza dengan hari ini yang mana pemandu perlu mendapatkan kenderaan dan memandunya dibawah rangkaian Uber, melalui kerjasama ini, pihak Daimler sendiri akan mengoperasikan kenderaan berkenaan dibawah rangkaian Uber.

Uber Daimler

Melalui perkongsian di laman Uber, mereka mengatakan melalui penggunaan kenderaan pemanduan autonomi ini, ia akan mengurangkan lagi kadar kemalangan trafik, selain pada masa yang sama mengurangkan penggunaan ruangan parkir serta menjadikan pengangkutan lebih efisyen.

Sejak perkembangan kenderaan pemanduan autonomi, perkara ini telah sedia dijangka – malah ada yang membuat sasaran dimana pada masa hadapan pengguna tidak lagi perlu membeli kenderaan, dan terus boleh bergantung kepada perkhidmatan seperti Uber dan sebagainya. Perkembangan kerjasama dengan Daimler ini dilihat salah satu langkah ke arahnya.

Pembangunan kenderaan pemanduan autonomi ini masih pada peringkat awal, dan mungkin kita akan hanya melihatnya dalam beberapa tahun lagi – dan seperti biasa, akan mengambil tempoh yang lama sebelum diperkenalkan di Malaysia.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2kOg8Yc

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.