Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Telah Menjual Lebih 78.3 Juta iPhone Pada Suku Terakhir 2016 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Telah Menjual Lebih 78.3 Juta iPhone Pada Suku Terakhir 2016

Apple hari ini berkongsi penyata kewangan mereka untuk suku berakhir 31 Disember 2016, memperlihatkan ia melangkaui apa yang disasarkan pada penganalisa – hasil daripada permintaan yang tinggi untuk telefon pintar mereka terbaru.

Apple mengatakan jualan meningkat 3.3% kepada $78.4 bilion. Penganalisa sebelum ini menyasarkan untuk Apple mencapai angka jualan sekitar $77.3 bilion. Bercakap mengenai perkembangan syarikat, Ketua Pegawai Kewangan Apple mengatakan mereka terkejut dengan permintaan yang tingig untuk iPhone 7 Plus yang membuatkan mereka kekurangan stoknya pada suku tahun lepas. Apple kembali dapat mencapai permintaan pada bulan Januari ini.

Diperkenalkan pada bulan September lepas, iPhone 7 menawarkan kemaskini kecil berbanding 6s sebelum ini, hadir dengan sokongan kalis air, kamera, bateri dan pemprosesan yang lebih – dan pada masa yang sama mengekalkan rekaan lama. Permintaan pengguna juga dilihat kian meningkat, dan ramai yang menantikan telefon pintar Apple terbaru untuk tahun ini, yang mana akan hadir bersempena ulang-tahun ke-10 iPhone.

Apple mengatakan mereka telah menjual 78.3 juta iPhone pada suku terakhir 2016 lepas, menjana pendapatan sekitar $54.4 bilion. Selain iPhone, sekitar 13 juta iPad telah terjual, dan juta 5.3 juta Mac.

Apple iPhone

Secara keseluruhan, jualan telefon pintar pada peringkat global untuk tahun 2016 tidak memperlihatkan perubahan yang besar. Ini juga memberi tekanan kepada pihak Apple, kerana iPhone menjana hampir dua pertiga daripada pendapatan keseluruhan Apple. Disamping menawarkan telefon pintar baru, Tim Cook juga sedang mempertingkatkan pemasaran dan penggunaan perkhidmatan seperti Apple Music, iCloud dan AppStore.

Walaupun meningkat, tetapi di China, jualan peranti Apple berkurangan – jatuh 12% berbanding sebelumnya. China merupakan satu-satunya rantau dimana Apple memperlihatkan penurunan jualan.

Bergerak kehadapan, Apple dilihat turut ingin memfokuskan kepada arena augmented-reality, selain diperkatakan mungkin membuat salah-satu pengambil-alihan besar dalam terus memperluaskan syarikat mereka.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jStWzc

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.