Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia Dapat Untung Dari Sekatan US Terhadap Masyarakat Islam Antarabangsa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia Dapat Untung Dari Sekatan US Terhadap Masyarakat Islam Antarabangsa

Malaysia yang merupakan destinasi popular untuk pelancong Timur Tengah boleh merebut peluang daripada sekatan dilaksanakan Amerika Syarikat (AS) ke atas pelarian dan umat Islam dari negara Islam.

Jumaat lalu, Donald Trump melarang pelarian Syria memasuki AS, selain melaksanakan sekatan 120 hari untuk mana-mana pelarian dan 90 hari bagi rakyat Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes berkata, arahan Trump itu akan menguntungkan 10 negara anggota Asean.

“Dengan dunia semakin terasing, sudah tiba masanya untuk Asean mula mengambil tindakan bagi memudahkan pelancong datang,” tulisnya di Twitter semalam.

Hampir 200,000 pelancong dari negara Islam, termasuk Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi, Iraq dan Qatar mengunjungi Malaysia pada 2016.

Malaysia merupakan destinasi utama bagi pelancongan perubatan dan halal dengan kebanyakan makanan dan produk memiliki sijil halal.

Sementara itu, Gabenor Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, Yuthasak Supasorn berkata, larangan itu mampu meningkatkan jumlah pelancong asing ke negara berkenaan.

“Timur Tengah adalah pasaran besar untuk kita, terutama dalam sektor pelancongan perubatan. Mereka boleh melawat Thailand lebih kerap dan ini juga dapat meningkatkan sektor kami,” katanya kepada Reuters.

Trump melaksanakan sekatan kemasukan itu bagi melindungi AS daripada serangan militan, namun ia dikecam pemimpin negara lain dan dibantah puluhan ribu orang di beberapa bandar seluruh negara itu.

Ada di kalangan rakyat Asia mempertimbangkan rancangan melawat AS dan mencari alternatif lain, walaupun negara mereka tidak termasuk dalam senarai sekatan itu.

“Apabila hendak melancong, anda mahu ketenangan fikiran,” kata Alicia Seah, pengarah perhubungan awam dan komunikasi di Dynasty Travel Singapura.

Pengarah Urusan Orchid, SM Tareque yang mengendalikan agensi pelancongan di ibu negara Bangladesh, Dhaka berkata, beliau membatalkan lawatannya ke AS kerana bimbang menghadapi masalah setibanya di lapangan terbang negara itu.

Beliau berkata, 5 kenalannya turut menangguhkan rancangan berhijrah ke AS ekoran sekatan itu. Presiden Persekutuan Majlis Islam Australia, Keysar Trad berkata, arahan Trump itu hanya akan “membawa kerosakan besar kepada ekonomi AS dan kedudukan rakyatnya di peringkat antarabangsa”.

“Mereka yang mempunyai saudara di Amerika, tidak kira dari negara dalam senarai sekatan atau tidak, takut dengan apa yang lelaki itu akan buat terhadap Amerika dan saudara-mara mereka,” katanya.

Sekatan itu turut membimbangkan pelajar berhasrat melanjutkan pelajaran, menjalani latihan amali serta mendapatkan pekerjaan di AS.

Pengarah International Placewell Consultants di New Delhi yang menghantar pelajar ke universiti negara lain, Ajay Mital berkata, Jerman dan Singapura sudah mempertingkatkan usaha merekrut pelajar.

“Trump mencetuskan panik di sini, khususnya rancangan mengkaji semula Latihan Praktikal Pilihan atau OPT, program memberi hak kepada graduan asing dalam bidang seperti sains, teknologi, kejuruteraan atau matematik, mencari pekerjaan di AS sehingga 36 bulan. Esok dia mungkin menamatkan OPT.”

Bagi profesional teknologi maklumat (IT) berpangkalan di Delhi, Kanishk Singh berkata, beliau sudah memohon di lebih 12 universiti AS untuk mengikuti kursus Sarjana Penulisan Kreatif dan jika permohonannya ditolak, beliau bercadang melanjutkan pelajaran di United Kingdom.

Katanya, beliau menerima e-mel dari Universiti Indiana memberi amaran kepadanya berhubung proses mendapatkan visa bagi pelajar antarabangsa akan terjejas selepas arahan terbaru Trump itu.

Aulia Adila, 24, pengamal media di Jakarta turut mempertimbangkan negara lain sebagai destinasi melanjutkan pelajaran.

“Dengan sekatan terhadap umat Islam dan dasar asing barunya, ia menjadi lebih sukar dan tidak selamat ke Amerika,” katanya yang mempertimbangkan negara lain yang lebih selamat untuknya.

Rod Jones, ketua pegawai eksekutif Navitas Ltd, firma pendidikan disenaraikan di Australia, berkata pertanyaan untuk kursus bahasa Inggeris di AS menunjukkan kemerosotan.

“Kami mula melihat pelajar menjauhi AS kerana bimbang dengan isu yang mungkin dihadapi mereka,” katanya sambil menambah Canada dan Australia adalah alternatif penting.

“Perdana Menteri Canada sudah tampil berkata ‘Jika AS tidak mahu anda, kami akan terima anda’ dan saya rasa ia adalah pendekatan Australia juga.”

The post Malaysia Dapat Untung Dari Sekatan US Terhadap Masyarakat Islam Antarabangsa appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.