Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kemaskini EMUI 5.0 Kini Mula Ditawarkan Untuk Pengguna Honor 8 Di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kemaskini EMUI 5.0 Kini Mula Ditawarkan Untuk Pengguna Honor 8 Di Malaysia

Honor Malaysia kini telah pun mula menawarkan kemaskini Android 7.0 Nougat bersama-sama dengan antaramuka EMUI 5.0 kepada para pengguna telefon pintar Honor 8.0. Seperti biasa, saiz kemaskininya sedikit besar, dan pengguna dinasihatkan untuk berhubung ke rangkaian WiFi sebelum memuat-turun untuk mengelakkan penggunaan data pada langganan internet mudah-alih.

Melalui EMUI 5.0, pihak Huawei menyertakan sejumlah fungsi baru bersama-sama dengannya. Salah satu fungsi menarik yang disertakan adalah sokongan pembelajaran mesin terbina pada EMUI 5.0, membuatkan peranti anda beroperasi dengan pantas walaupun selepas tempoh masa yang lama – berbeza dengan sejumlah peranti yang memperlihatkan sedikit lengah masa.

Disamping itu, kemaskini EMUI 5.0 turut menyertakan sokongan talam aplikasi – sesuatu yang tiada sehingga kini pada EMUI.

Honor 8 juga kini lebih dioptimasikan, termasuk sokongan bateri yang lebih efisyen berbanding kebiasaan. Sejumlah fungsi Android NOugat turut disertakan, termasuk seperti akses pantas ketika multi-tasking, talam notifikasi yang dikemaskini, dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan telefon pintar Honor 8, anda boleh memulakan proses kemaskini hari ini dan menikmati pelbagai ciri-ciri yang dibawakan olehnya.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jSb94I

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.